Saturday 3 March 2012

YA ALLAH, APA YG SEDANG BERLAKU NI?

dah lama tak update blog ni sejak sebulan yg lalu. mana taknye sibuk yg amat. makin lama makin perit kehidupan kat sini. Ya Allah apa yg sedang berlaku ni? Tunjukkanlah kami jalan yg benar, bukalah hati-hati kami supaya berubah ke arahMu, lindungilah kami Ya Allah. dah bermacam tragedi aku saksikan, aku dengar, aku perhatikan, sorang demi sorang......AAP1111A, AAP1112A, dan skarang AAP1113A, korang semua dah berubah sangat2, aku rasa korang paham kan? kita masuk sini utk BELAJAR kan? mak ayah hantar kita kat sini utk BELAJAR kan? kenapa hakikatnye tak? kenapa? aku suka masa kita pergi site visit part 1 ke kl & putrajaya, masa tu baru seminggu kita kenal, bila aku tengok balik gambar2 kita, aku rasa happy sangat. masa aku kenal masa part 1 dulu semua baik2 belaka, bila naik part 2 je aku perhatikan sifat tu dah semakin kabur, kita dah keluar drpd kepompong dah tunjuk peel masing2, kenapa ek korang? aku ingat bila aku datang perak ni, semua jadi ok, rupanya tak. Ya Allah......aku ingat budak universiti semua baik2, pandai2, bersivik tinggi. aku silap kan? punya le tinggi tanggapan aku kat korang, aku sangat hormat korang semua tau! dugaan kita makin hebat bila kita naik part 3. tak tau le apa akan terjadi bila mana kita naik part 4 nanti. aku sedih sangat tau dan aku tak suka semua ni. tapi bukan semuanye buruk, ada budak2 dlm kelas kita yg ok, baik. kenapa kita mesti buat macam tu? kenapa kita mesti buat org lain benci kat kita? aku tau dlm kelas kita ada yg suka cakap belakang, ada yg suka tikam kawan, ada yg suka ambil kesempatan, ada yg depan cakap lain belakang cakap lain, ada gak yg suka fitnah org, ada yg buruk-burukan org kat org lain, ada yg menyalahkan org lain. kita kawan kan? atau korang tak anggap kita semua sbg kawan? atau korang berkawan SEBAB org tu kaya? pandai? ada rupa? aku anggap kita satu kelas SAHABAT tau. sahabat, kawan, rakan, teman. atau apa je gelaran yg merujuk kepada KEIKHLASAN. aku perhatikan masa kerja dlm kumpulan, korang tak ngam, tak rapat, korang suka bergaduh, bertengkar. tulah hakikatnya. baik yg laki pempuan sama je. aku cuma nak belajar dgn tenang, aman, & selesa kat sini, aku cuma mintak tu je. takkan sampai ke tua korang nak berperangai buruk? susah sangat ke nak jadi baik? KENAPA?!! korang ada yg tak baik sesama sendiri. apa2 je yg korang buat, fikir dulu, fikir dgn kewarasan akal bukan dengar bisikan syaitan. korang tau kan, syaitan tu SENTIASA nak kita semua sesat, bergaduh sesama sendiri, syaitan tu SENTIASA berbisik kat hati kita. tiap2 hari bila aku bangun pg, aku tak lupa pd korang semua, tapi bila aku pergi kelas je, tengok korang aku nampak lain. manusia tak boleh hidup sorang2 dlm dunia ni, korang semua tau kan? tapi kenapa korang buat jugak benda2 buruk tu? korang semua cantik2, hensem2 tapi kenapa perangai korang tak macam tu? korang tentu ingat lagi kan bila mak ayah kita nak tinggalkan kita kat sini, mereka pesan JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG, JANGAN TINGGALKAN SOLAT, solat tu penting, dan macam2 lagi yg mereka pesan. tapi kita ni cepat berubah kan? korang, kalau orang lain tak redha kat kita, Allah jugak tak redha kat kita, sbb org sentiasa ingat apa yg org lain buat kat kita. korang, kalau kita buat buruk kat org lain, SATU HARI NANTI ORG LAIN AKAN BUAT BURUK KAT KITA JUGAK, kalau bukan kat kita......anak2 cucu2 kita akan kena, korang tau semua tu kan? BALASANNYA TETAP AKAN ADA. kita tak boleh lari tau. kalau bukan anak2 cucu2 kita yg kena balasannya, keturunan kita yg akan kena, mungkin anak kita nanti kurang ajar kat kita, atau mungkin anak kita nanti kena penyakit yg misteri/pelik2 yg sentiasa menggusarkan kita, kita tak tau semua tu. hari ni kita kat atas, INGAT bila2 masa je Allah boleh TARIK BALIK NIKMAT TU, kita ni bukannya KEBAL sangat. mungkin org yg kita buat buruk tu akan bantu kita satu hari nanti. apa yg kita buat kat org sama ada baik atau buruk, Allah TETAP akan balas, kat dunia atau akhirat. korang semua dah besar panjang kan? umur korang dah cecah 20-an. sepatutnya korang dapat bezakan mana yg buruk mana yg baik. mana yg patut dibuat mana yg tak patut dibuat. korang dah boleh berfikir dah kan benda2 macam tu? kita semua dah BALIGH. kita ni MELAYU satu bangsa yg sama, korang bukan cina, india, atau org putih. kita ni org ISLAM. kita satu AGAMA, korang bukan kristian, hindu, ateis, buddha kan? kenapa ek korang kita jadi macam ni??? cuba korang SABAR, berfikir menggunakan kewarasan akal, BERTOLAK-ANSUR, biar apa org buat kat kita, kita jangan balas, kalau kita balas, kita ni lagi teruk drpd org tu, biar org buat kita, jgn kita buat org. apa2 yg kita nak buat, ingat Allah, ingat mak ayah kita, jgn buat ikut, suka hati, jgn buat ikut perasaan. skarang ni kita tgh study week, minggu depan kita dah nak final exam dah. sampai bila kita nak jadi macam ni? kita nak anak2 cucu2 kita mewarisi perangai buruk kita? KITA NAK TENGOK ANAK2 KITA KURANG AJAR DGN KITA? BIADAP DGN KITA? setiap masalah ada jln penyelesaiannya CUMA kita je yg tak nampak, dan kita nampak tapi kita MENAFIKANNYA. aku doakan yg kita akan bersatu satu hari nanti. aku menulis bukan utk apa, dan aku harap korang sedar, terima, dan perbaiki, muhasabah diri, bukat niat aku utk buruk-burukkan korang semua. aku pohon ampun dan maaf segala kesilapan aku pd korang selama kita kenal ni, segala tulisan kat sini yg mungkin buat korang rasa tak selesa, segala kekurangan yg ada. aku ni tak sempurna, apa yg aku tulis kat sini merujuk pd aku jugak, aku jugak ada salah silap pd korang. kita semua same je, yg beza cuma Iman, Taqwa, & Amalan kita.

Ya Allah, bukalah pintu hati kami, berilah kami hidayahMu, lindungilah kami daripada tipu daya syaitan Ya Allah, tenangkanlah hati kami, lapangkanlah dada kami, tetapkanlah Iman kami, tingkatkanlah tahap kesabaran kami Ya Allah, janganlah Kau sesatkan kami Ya Allah. kami bermohon padaMu......Amin......




 Wassalam~

0 catatan:

Post a Comment