skip to main |
skip to sidebar
assalamu'alaykumwarahmatullahiwabarakatuh :)
ni kisah bagaimana se0rang yang pernah hanyut, kini insaf, mengharap cinta Allah.♥
__________________________________________________________________________
assalamualaikum awak .
awak , saya minta maaf atas segalanya . mungkin ini khilaf saya . saya
tak tahu , saya harap sekarang awak bahagia . awak , awak ingat tak masa
first time kita kenal ? yea , saya akui , saya memang tak pernah jumpa
awak . kita kenal dekat cyber jea . masa tuu , kawan awak yang merupakan
member kelas saya , bagi number saya dekat awak . kita masing-masing
dalam tingkatan 1 . awak ingat lagi kan ?
huuu , masa
tuu , awak beriya-iya nak kenal dengan saya . awak selalu hantar mesej ,
awak selalu call saya . tapi masa tuu , saya bukan jenis yang suka
berkawan dengan lelaki . saya tak suka dibayangi lelaki dalam hidup saya
. saya pernah couple tapi lepas tuu saya clash , ada sebabnya . sejak
tuu saya tak nak berkawan dengan lelaki . tapi awak tak putus asa . awak
asyik hubungi saya . even kita tak pernah jumpa , awak selalu kata yang
awak nak sangat-sangat kenal dengan saya . maaf awak , masa tuu saya
takda perasaan dekat lelaki . saya cuma bergaul dengan budak lelaki
dalam kelas , itu pun sikit-sikit , saya cuma bergurau dengan lelaki ,
yang ada pertalian darah dengan saya .
awak tetap degil .
saya terus-menerus biarkan awak . saya tak pedulikan awak langsung .
setiap kali awak call , saya off handphone . tapi lepas tuu awak tukar
number lain , awak kacau saya lagi . banyak kali awak buat macam tuu .
saya pun tak tahu apa tujuan awak . saya teringin nak tanya , tapi tak
pernah . sebab saya jenis yang suka pendam perasaan . lidah saya kelu
bila bercakap dengan awak : /
kadang-kadang awak mesej
saya berkali-kali , sampai saya rasa nak layan jea . tapi saya tahan .
lama-lama saya tak boleh dah . saya bengang dengan awak . saya marah
awak , saya tanya kenapa awak kacau saya . awak diam , tapi seminggu
lepas tuu , awak mesej saya semula , dengan letak smiley pelbagai . eyh ,
awak tak marah saya ?
saya pun biarkan . dalam hati
saya tertanya . siapa awak nie sebenarnya ? akhir sekali saya mengalah .
setiap kali awak mesej , saya balas . setiap kali awak call , saya
angkat . kadang-kadang saya sendiri yang mulakan mesej dengan awak .
saya tak tahu kenapa . ouh , baru saya tahu . awak pelajar maahad yang
khas untuk lelaki jea . saya jadi kagum , dalam hati jea laa . saya tak
reti berkata-kata sangat . tapi kemudian saya tertanya-tanya . kenapa
dengan awak ? tak betul dah ke ? takkan pelajar maahad tak tahu hukum
agama ? mana boleh bergaul rapat dengan perempuan ajnabi melainkan ada
hal tertentu yang penting . .
saya jadi keliru . tapi
saya biarkan perasaan tuu berlalu . kita terus contact . dari handphone ,
tukar ke friendster , tapi saya tak ingat sangat pasal tuu . yang saya
tahu , awak suka mesej saya , hantar ayat-ayat yang sweet . saya pun
layan jea laa . sebab saya anggap awak kawan saya , sebab saya memang
takda perasaan pada awak ; )
akhir tahun tuu, kita jadi
rapat semacam . saya rasa biasa jea , takda apa yang pelik . tapi bila
naik tingkatan 2 , saya jadi bingung . awak menghilangkan diri . awak
tahu tak ? saya masih ingat lagi . 11 februari tuu , birthday awak kan .
saya wish awak segala bagai . kita mesej seharian hari tuu . tapi
kemudian , kita terus lost contact . awak langsung tak hubungi saya .
dan saya pun , almaklumlah jenis yang malas nak hubungi lelaki nie .
jadi saya diamkan diri jea . saya biarkan awak .
tapi
dalam hati . diam-diam saya rasa saya dah mula sayangkan awak . saya
terus nafikan . saya tak boleh ada perasaan macam tuu . saya tegaskan
pendirian saya . saya masih budak-budak lagi , saya bukan sembarangan
perempuan , saya dah dididik dalam keluarga yang ada agama . percintaan
sebelum nikah adalah haram . dan lagipun saya masih kecil , tak tahu
apa-apa lagi , awak pun sama kan ?
saya teruskan hidup
saya tanpa awak . even makin hari saya jadi makin kerap ingat awak .
saya jadi keliru , tapi saya tetap teguhkan diri . saya sibukkan diri
dan dekatkan diri pada Allah . saya minta jauhkan dari segala yang
dilarang-Nya . alhamdulillah , usaha saya berhasil . saya langsung tak
ingat dekat awak .
tapi semua berubah bila saya naik
tingkatan 3 . saya masih insan yang dahulu , yang selalu buat tak endah
bila lelaki nak berkawan lebih dari hadnya . saya berkawan macam biasa
dengan semua orang , lelaki dan perempuan . saya rasa tak salah , selagi
saya pandai jaga batas pergaulan . insyaAllah . dan fokus saya untuk
PMR tahun nie .
apa yang berubah ? satu hari , awak
mesej saya tiba-tiba . saya jadi terkejut sangat-sangat . saya tak faham
, kenapa awak mesej saya ? saya tak balas , saya diamkan diri . tapi
esoknya baru saya teringat . semalam birthday awak . saya memang terlupa
langsung , tapi saya tetap tak mesej awak , saya diamkan diri jea .
seminggu lepas tuu . awak mesej saya semula . saya jadi bingung .
akhirnya saya balas juga mesej awak tuu . saya buat macam biasa , macam
tak pernah lost contact , like always ( :
kemudian lepas
tuu , kita makin rancak berhubungan semula . saya tak tahu kenapa saya
rasa gembira . dalam hati saya rasa macam ceria selalu , macam biasa ,
saya tak tunjukkan .
tapi satu hari tuu , awak mesej
saya , awak tanya . "awak dengan siapa sekarang ?" . saya pelik , setahu
saya , saya pernah beritahu awak , yang saya anti-couple . hmm mungkin
awak lupaa . tak apa laa . saya buat-buat tak tahu . saya balas "takda
dengan sesiapa , forever alone ( :" kemudian awak tak tanya dah pasal
hal tuu .
mungkin awak dah faham . alhamdulillah . tapi
hati saya hancur suatu hari . malam tuu , saya tengah study . esok ada
exam . saya tak layan handphone sangat . masa saya tengah study , ada
mesej masuk . saya biarkan sebab mungkin tak penting . tapi hati saya
memang nak baca mesej tuu . saya pun ambil handphone dan terus buka .
daripada awak . saya tersenyum .
kita mesej macam biasa .
namun tiba-tiba , awak mesej . "awak , awak nak couple dengan saya tak
?" . tersentap hati saya masa tuu . hancur sangat-sangat . saya fikir
awak ikhlas sayangkan saya sebagai kawan . saya ingatkan awak anggap
hubungan kita tak lebih daripada kawan biasa . tapi awak dah fikir jauh .
awak mungkin tak sedar , saya tak suka dapat pertanyaan macam tuu .
saya budak lagi laa .
saya tak balas . esoknya awak
minta maaf . saya cuma maafkan awak macam tuu jea , lepas tuu kita kawan
macam biasa semula . tapi diam-diam , saya dapat rasakan yang saya
sayangkan awak . astaghfirullah , saya rasa berdosa sangat bila jadi
macam tuu . saya cuba sibukkan diri , saya layan awak macam biasa . tapi
saya tak dapat lupakan perasaan saya . saya tak tahu kenapa tiba-tiba
saya jadi macam nie . ya Allah , mungkinkah iman saya lemah ?
tapi persoalan sebegitu tak timbul pada masa tuu . saya terus menerus
melayan perasaan pada awak . walaupun awak tak tahu , tapi saya rasa
bahagia bila contact dengan awak . saya rasa pelik sangat-sangat , kita
tak pernah berjumpa pun , kan awak ? hmm . tuu laa masalah anak remaja
zaman sekarang . sampai saya pun terlibat . . saya tak tahu nak kata apa
.
satu hari tuu kan , saya stalk facebook awak . saya
tak tahu kenapa saya buat macam tuu . ish jahatnya sayaa . lepas tuu .
saya tengok album profile picture awak , saya tahu awak handsome , yeah
tapi saya tak kisah pun semua tuu . saya dah lama kenal awak , kan ?
bila saya scroll down page tuu , saya tengok semua comment dekat album
tuu . saya click salah satu gambar , kalau tak silap saya , gambar last
dalam album tuu . tiba-tiba saya jadi bengang . awak main comment dengan
seseorang , dia perempuan . awak bincang dengan dia tentang seorang
gadis yang awak minat , gadis tuu kawan dia . seingat saya nama dia
athirah , maaf kalau saya silap . hmmm , awak tak kenal dia sangat ,
tapi awak nak berkenalan dengan dia lebih rapat , awak kata awak suka
athirah tuu .
serta-merta saya jadi cemburu , dalam otak
saya dah fikir macam-macam . pelajar agama pun playboy ke , tak sangka
langsung . awak nak saya , dia pun awak nak jugak ? saya tak tahu kenapa
saya tak dapat kawal diri saya . saya hantar mesej dekat awak . "sampai
hati awak buat saya macam nie , saya betul-betul tak sangka !"
tak
sampai seminit , awak call saya . tapi saya tak angkat , saya biarkan
jea . saya tak sanggup bercakap dengan awak . saya tahan sebak dalam
dada , tapi saya tak mampu . akhirnya mutiara jernih tuu jatuh
berguguran jua , saya dah tak daya nak menampung . buat pertama kali
selepas sekian lama saya anti dengan lelaki , last-last ego saya jatuh
di tangan awak . saya tak tahu , kenapa mesti awak ?
kemudian awak hantar mesej . "awak , angkat please , saya nak cakap
dengan awak )': " . tapi saya still tak balas . saya dah menangis
teresak-esak masa tuu . seandainya awak tahu perasaan saya . awak call
saya lagi . sampai 6-7 kali , saya tetap biarkan . and then awak dah
give-up . awak mesej saya .
"saya minta maaf if ada
sakitkan hati awak , saya tak tahu apa salah saya pada awak . saya cuma
nak awak tahu , saya bukan lelaki yang suka mainkan hati dan perasaan
orang lain . sebab bila saya buat macam tuu , saya tahu Allah akan balas
balik benda yang sama dekat saya . minta maaf , assalamualaikum"
saya biarkan . saya tidur dalam keadaan menangis malam tuu . esoknya ,
petang , awak mesej saya . awak tanya khabar tapi saya takda mood nak
balas . malam tuu awak mesej lagi . awak call banyak kali jugak . hmm ,
saya pun dah fedup . saya angkat jea laa , tapi saya diam .
awak
bercakap sorang-sorang . awak tak tahu kan ? hati saya bergetar dengar
suara awak masa tuu . first time , padahal sebelum nie biasa jea . saya
menangis , tapi saya kawal suara saya . saya cuba buat suara macam biasa
. awak tak perasan ( :
kita berbual macam takda apa
yang jadi semalam . tiba-tiba awak tanya , "awak , awak suka saya eyh ?"
. saya terkedu . macam mana awak tahu ? tapi saya masih nafikan . saya
jawab "takda laa , mana ada . haish awak nie , jangan fikir bukan-bukan"
. pelik , sempat lagi saya gelak . hmm padahal nak cover tengah nangis .
tapi suara awak serius . awak tanya saya lagi . "hmm , awak sayang saya
?" saya diam . awak ulang balik soalan yang sama . 4 kali awak ulang ,
saya ingat lagi . saya tahu awak tak ingat . tak apa laa awak .
tapi awak ingat kan jawapan saya ? hmm . "saya tak suka kat awak laa ,
saya sayang awak sebagai kawan jea , kenapa awak cakap macam tuu ?" .
saya masih nak menafikan . awak terus desak saya .
"betul-betul laa .
saya tahu , awak sayang saya kan ? saya dapat rasa . kalau tak kenapa
awak hantar mesej macam semalam . macam ada sesuatu jea" .
saya tetap tak nak mengaku . kemudian dengan alasan 'penat' , saya tamatkan perbualan .
awak tak putus asa , awak terus mesej saya lepas tuu . saya tak ingat
apa awak hantar . tapi seingat saya , saya ada balas . saya kata ;
"saya hantar mesej macam tuu sebab saya ingatkan awak ikhlas kawan
dengan saya , awak ikhlas sayang saya sebagai kawan and tak lebih dari
tuu . saya cuma tak sangka yang awak cakap pasal couple apa semua tuu ,
saya tak suka . that's all , takda apa pun actually . saya minta maaf .
maassalamah"
dalam hati saya Allah jea yang tahu betapa
beratnya saya nak hantar mesej macam tuu . saya terus nafikan perasaan
saya yang semakin sayangkan awak . saya taknak awak tahu , sebab nanti
mesti kita hanyut dalam cinta duniawi . saya masih 'sedar' masa tuu ,
awak . lagipun kita nak PMR kan . .
namun , benteng yang
cuba saya bina tak bertahan lama . awak jarang hubungi saya dah . saya
rasa sepi , saya tak tahu laa , rasa jauh dari Allah . na'uzubillah .
tapi masa tuu saya jadi makin leka . saya asyik teringatkan awak . saya
benci diri saya sendiri bila teringat perkara tuu . how i wish i can
delete it from my memory .
awak , awak tahu tak ? saya
dah mula kesunyian bila awak takda . sampai suatu tahap , saya jatuhkan
ego saya , saya biarkan nafsu menguasai diri , saya lemah !
saya
hantar mesej pada awak , saya suarakan hasrat hati saya . saya beritahu
perkara yang sebenarnya . . saya ceritakan perasaan saya pada awak .
tapi saya betul-betul tak jangka . awak tak marah saya . awak cakap yang
awak pun sebenarnya sayangkan saya . . saya rasa gembira sangat-sangat
masa tuu . saya jadi lupa diri . rasa macam cahaya baru masuk dalam
hidup saya .
2 minggu awak , 2 minggu hubungan kita .
tapi kan . kita tak couple , kan awak ? kita just being platonic . lebih
dari kawan , tapi bukan kekasih . saya rasa happy dalam tempoh dua
minggu tuu . kita letak status dekat facebook 'in a relationship' masa
tuu . ramai kawan awak add saya , tapi saya tak approve pun , saya just
me'not now'kan request mereka . kawan saya pun ada yang add awak , tapi
awak selamba jea approve , saya tak kisah . and awak ada cakap dekat
saya , ayah awak tanya siapa saya sebab dia nampak dekat facebook awak ,
then awak gurau dengan ayah awak . saya pun tak ingat apa dia . .
kenapa 2 minggu ? eyh , saya kira ? 2 minggu 2 hari laa . awak mesti
ingat kan ? satu hari tuu awak call saya , tanya tentang folio geografi ,
tapi tak sempat saya jelaskan , awak dah tutup handphone . saya rasa
pelik dengan sikap awak , saya cuba hubungi awak lagi , tapi tak dapat .
phone awak tak on . saya biar jea laa . taknak cari gaduh dengan awak .
yeah mungkin awak sibuk . perasaan risau tuu ada , tapi saya pendam .
then suddenly awak hantar mesej lepas tiga hari . saya terkejut . awak kata .
"maaf , ana telah menyebabkan anti terjebak dalam kegiatan maksiat , assalamualaikum" .
saya directly call awak , mesej awak . tapi satu pun awak tak jawab ,
satu pun awak tak angkat . saya sedih , saya menangis puas-puas . pedih
sangat-sangat hati saya masa tuu .
bila hati dah tenang , saya cuba
berfikir dengan waras . saya tak boleh . saya jadi bengang . saya terus
mempersoalkan . kenapa awak beriya-iya nak dapatkan saya , 2 tahun awak .
2 tahun ! tapi lepas tuu , awak dah dapat , awak tinggalkan saya macam
tuu jea ?
kenapa awak ? apa salah saya )':
alhamdulillah , bila dah lama kita tak berhubung . saya semakin tenang .
saya dapat lupakan awak . awak nak tahu ? result exam pertengahan saya
melonjak naik . saya gembira sangat . markah saya meningkat mendadak
daripada exam bulanan yang lepas . saya bersyukur . mungkin ada hikmah
kita tak berhubung ? maybe saya lebih fokus dalam pelajaran ? entah laa .
masa tuu , saya nak sangat-sangat share berita nie dengan awak . saya
lupa semuanya . saya dah siap taip mesej dekat handphone saya .
bila saya nak hantar mesej tuu , saya cari nama awak , tapi tak jumpa .
ouh , baru saya teringat . saya dah tukar nama awak dalam phone saya .
saat tuu , menitis lagi air mata saya , laju jea . baru saya tahu
betapa pedihnya kehilangan awak . selama nie saya cuba nafikan , saya
ingat 'cinta' kita yang baru-baru nie main-main jea . sebab tuu saya
cuba sibukkan diri belajar , untuk lupakan awak . tapi saya tak sedar ,
yang saya terlalu sayangkan awak .
sebulan kita tak
contact , saya mengalah , saya taknak berharap lagi . namun kehadiran
awak secara tiba-tiba , menggugat sekali lagi ego saya . saya kalah .
awak mesej saya , takda salam , takda mukadimah . terus lirik lagu
samsons , masuk inbox saya .
"walau ku masih mencintaimu , ku harus meninggalkanmu , ku harus melupakanmu ;
meski hatiku menyayangimu , berani membuntukanmu , ku harus merelakanmu"
saya hampir tergelak dalam tangisan . sebab awak salah lirik . tapi
takpa laa , asalkan maksud dia sampai . saya teragak-agak nak balas .
sebab saya betul-betul nak lupakan awak . tapi , saya taknak jadi insan
yang memutuskan silaturahim . jadi saya balas jea laa ~
kita mesej , tapi saya rasa awkward . entah laa awak . bila awak tanya
"awak masih sayang saya lagi ?" . sebenarnya saya tak tahu nak jawab apa
. tapi saya jawab apa yang terlintas di hati saya masa tuu .
"saya tak pernah berhenti menyayangi awak"
"kenapa awak sayang saya ?"
"sebab Islam yang awak pegang . and saya harap awak dapat tunjukkan saya ke arah Jannah-Nya"
awak , saya tersilap masa tuu . saya betul-betul menyesal . redha Allah
hanya akan diberi pada hamba yang beriman , kan ? saya dah salah tafsir
. saya ingat dengan 'bercinta cara Islam' nie boleh laa kan ? nasihat
satu sama lain ke arah kebaikan . . tapi , ternyata memang salah awak .
sekarang baru saya sedar .
tapi dulu , saya buang
jauh-jauh apa yang saya rasa tuu . bila awak contact saya balik , saya
rasa happy . kadang-kadang saya teringat semula usaha yang saya dah buat
, untuk lupakan awak . tapi saya tak endahkan langsung . saya biarkan
diri saya terus hanyut , dan awak pun sama sahaja !
saya
pernah tanya awak . kenapa awak putuskan hubungan kita masa tuu ? awak
kata sebab masa tuu awak baru balik dari kem motivasi and ibadah . awak
tanya brother kat situ apa hukum couple nie . dia pun jelaskan semuanya .
kemudian awak tanya macam mana nak putuskan hubungan couple tuu ?
brother tuu suruh laa awak buat , yang macam awak hantar mesej kat saya
tuu .
0uuh , baru saya faham . terimakasih awak ( :
bila saya cakap dekat awak , sebulan lebih kita tak contact . awak jawab . "ouh , tuu pun nak kisah ke ?"
masa tuu baru saya rasa macam baru bangkit dari mimpi . awak memang dah
betul-betul berubah ke arah yang lebih baik . alhamdulillah . saya
harap saya pun dapat buat macam tuu . saya akan cuba .
and then , cuti pertengahan tahun pun tiba . awak balik rumah ~
hmm , awak nak tahu ? masa malam tuu , awak dekat tuisyen . awak bagi
saya number phone ibu awak . saya bergurau jea mula-mula . tapi awak
bagi betul-betul . awak suruh saya berborak dengan ibu . saya ikut jea
laa . tapi saya cakap sikit jea awak , saya tak reti laa . balik tuisyen
, awak tanya apa jadi . awak gelakkan saya , happy sangat-sangat masa
tuu .
tapi , bila awak balik . tengah malam tuu awak text saya .
saya pun balas laa . kita tengah bergurau . tapi tiba-tiba awak marah
saya . awak kata "apa yang awak faham haa?!! kalau tak faham cakap jea
laa tak faham !!"
tersentap hati saya , awak . . saya online , saya
cuba chat dengan awak tapi awak kata takda mood . hm okay fine saya
taknak cari gaduh , saya biarkan awak tenang dulu . .
pagi tuu , hujung minggu saya try mesej awak . tapi awak buat tak layan jea . last-last saya pun dah malas . saya cakap "K" .
tengah hari baru awak balas . tapi saya rasa bengang , awak tahu tak .
tak perlu balas kalau setakat nak cakap "buat apa nak sedih , takda
kerja nak sedih-sedih nie , buang masa jea" .
awak memang tak
memahami . awak memang dah jauh berubah . if awak lost contact dengan
saya , saya rasa lagi senang hati kowt . so tak perlu laa awak nak perli
saya sampai macam nie , kan ? ( :
saya tak tahu apa
yang saya dah buat . saya ingat bila kita dah kawan semula macam dulu ,
macam biasa , and takda hal-hal merepek love-love nie antara kita . we
can just be cool and awesome , like nothing had happened , right ? we
did , yeah lepas lost contact tuu kita kawan macam biasa , macam tak
pernah gaduh kan ?
tapi kenapa awak tiba-tiba jadi macam nie . . bingung saya . .
awak , awak ingat tak ? hari tuu , awak marah saya lagi . awak marah
saya teruk sangat-sangat . nasib baik saya tengah duduk dengan family
ramai-ramai masa tuu . kalau tak confirm air mata mengalir deras waktu
tuu jugak .
masa tuu , saya start mesej . saya tanya awak , dah siap
belum folio sejarah ? awak kata belum . sepuluh words saya bagi , satu
jea awak balas . baik takpayah , kan awak ( :
then suddenly jea . awak hantar .
"kalau awak dah takda apa-apa hal lagi dengan saya , tolong jangan
bazirkan credit awak mesej saya boleh tak ? and tolong jangan perabiskan
duit makbapak saya nak mesej awak . 0kays ? "
cool ! that's it ! awesome !
that's the last message y0u had ever send to me , right ? memang saya
terus naik bilik and nangis puas-puas laa . haish , sooo unmatured .
tapi awak tak tahu kan ? awak tak tahu saya sedih kan ? awak tak tahu
saya menangis kan ? awak tak tahu saya sakit hati kan ? and the most
important thing is , awak tak pernah tahu siapa saya . . kan ( :
sejak hari tuu , saya terus decide taknak ambil tahu apa-apa pun pasal
awak lagi . saya taknak terlibat lagi dalam gejala tak bermoral macam
nie . cinta sebelum nikah ? astaghfirullah . semua nie hanya mengundang
dosa daripada Allah . layak ke kita nie jadi hamba yang mengaku beriman
kepada-Nya ?
saya terus diamkan diri , dan tak buat apa
lagi . kadang-kadang saya kutuk diri sendiri , kenapa ego yang selama
nie saya pertahankan , boleh jatuh dekat tangan lelaki yang langsung
saya tak pernah jumpa ! kenapa ? saya tak tahu , yang saya tahu setiap
perkara yang terjadi Allah adakan hikmahnya . perkenalan kita tak
sia-sia awak . suatu hari nanti kita akan tahu hikmahnya . cuma masanya
tak sesuai , sebab kita kan budak-budak lagi . baru tingkatan 3 laa ,
study dulu : /
awak . awak tak pernah tahu yang saya
pernah 'lupa' pasal awak kan ? hari tuu , saya terlibat dalam incident
sikit , tak serius pun tapi effect my brain a little bit . saya jadi
lupa ingatan , err sedikit jea laa . tentang pelajaran alhamdulillah ,
semua okays . tapi nak tahu ? i lost all my memories , and everything
about you .
ouh , how i wish i can go back to that time and never remember about you again . .
bila dekat sekolah jea , kawan yang dulu saya selalu cerita pasal awak
dekat mereka . mesti tanya , saya dengan awak macam mana ? saya tak tahu
nak jawab apa , sebab saya langsung tak ingat awak . waktu tuu saya
jadi macam orang asing . blurr sangat-sangat . saya langsung tak kenal
awak even kawan saya suruh saya tengok gambar awak . at that time , how i
really struggle to get back my memory about 'who are you' but i
couldn't . it's just too hurts maybe ?
tapi
lama-kelamaan , saya dapat ingat awak semula . sikit-sikit , saya cuba
mengenali awak . tapi saya tak pernah cuba contact awak semula . saya
taknak menangis macam dulu lagi . saya biarkan semuanya , saya berjalan
terus ke hadapan , saya tak menoleh ke belakang lagi .
saya takkan
hiraukan awak lagi , biarlah awak dengan kehidupan awak . asalkan awak
bahagia , saya tak kisah . i will just keep moving forward .
hari tuu , saya ada online facebook . ada banyak notification sebab
saya dah lama tak buka facebook . then , saya nampak ada satu notify
daripada kawan awak yang add saya . dia ada comment dekat status awak ,
dia tag nama saya .
awak buat status lebih kurang macam
nie laa : "teringat dekat dia , menyesalnyaa . apa aku dah buat kat dia ,
sampai diaa . . . oh tidaakk !"
kawan awak tuu comment : " *nama saya* ?? "
kemudian awak balas : "takda laa , cantik lagi dari dia ."
masa tuu kan awak , saya tersenyum jea . tapi awak nak tahu tak ? saya
tak sedar langsung air mata saya menitis . sampaikan adik saya tegur
kenapa saya menangis , baru saya tersedar ( :
saya tahu saya tak cantik macam 'teman baru ' awak . saya sedar saya tak layak untuk awak .
tapi awak , saya bersyukur sangat-sangat sebab Allah selamatkan saya daripada dilukai awak dengan lebih teruk .
hari demi hari , saya terus fokus untuk PMR . saya anggap apa yang awak
dah buat selama nie , sebab ego awak sebagai lelaki . saya cuba sedaya
upaya untuk lupakan awak .
setiap kali kawan-kawan saya tanya
tentang awak , saya cepat-cepat tukar topik . at last mereka faham , dan
mereka tak cerita tentang awak lagi . saya lega .
walaupun secara lisan saya kata kepada kawan-kawan saya , yang saya dah maafkan awak .
tapi dalam hati saya , Allah jea yang tahu , awak . . . maaf , saya
masih tak dapat terima semua nie . saya dah cuba , tapi mungkin belum
masanya .
baru sahaja tadi , awak call saya . saya
tengah study masa tuu . awak call saya guna unknown number . saya angkat
jea call tuu . saya ingat siapa laa , tak kenal langsung .
tiba-tiba awak suruh call balik , saya cakap "insyaAllah" . dah laa masa tuu saya tak tahu awak yang call .
saya call awak semula . saya tanya , "nie siapa ?" . bila awak sebut
nama awak , saya terus terdiam . saya tak tahu nak cakap apa awak .
awak tanya saya , "kenapa ? terkejut ke ?" . of course saya terkejut ,
sebab awak menghilang punya laa lama . then tiba-tiba awak contact saya
semula . kali terakhir awak contact saya . time awak marah-marah saya
tuu . saya ingat lagi awakk . yea saya tahu awak tak ingat pun .
awak , awak tahu tak . masa tuu saya rasa geram sangat-sangat . awak
bercakap dengan saya , macam tak pernah berlaku apa-apa antara kita .
slumberland jea kan ? awak tanya hidup saya macam mana , itu ini itu ini
. saya pun jawab ala kamdar jea .
memang saya sakit hati sangat .
saya menangis masa tuu , dan awak boleh kesan saya menangis . tak sangka
awak masih tak lupa kan apa saya buat kalau kita calling . . hmm ?
awak boleh pula tanya saya , "awak , awak nangis ke . awak jangan laa nangis . kenapa nie awak ?"
yaAllah , luluh hati saya dengar . memang sweet suara awak masa tuu .
tapi , sweet awak dah tak mampu nak buat apa-apa . hati saya dah keras ,
awak . saya rasa macam saya dan benci sangat-sangat dekat awak .
bila saya cakap , "yea laa . dah awak hari tuu marah-marah saya , sekarang call saya pulak"
awak just cakap 'sorry awak ' banyak kali . awak , your sorry don't mean anything anymore to me .
saya terus letak phone tadi . saya tak mampu nak berbicara dengan awak
lagi . biarlah kisah kita terhenti sampai di sini . saya taknak ulangi
kesilapan lalu . apa yang dah jadi biarkan berlalu .
awak text saya : "semoga berjaya dapat straight A . buat yang terbaik .
doakan untuk saya yea . saya pun doakan untuk awak , kalau saya ingat
laa . . k salam"
saya balas : "maaf , saya masih tak dapat terima perbuatan awak . assalamualaikum"
kemudian saya terus off handphone saya . saya menangis teruk betul tadi
. saya tak mampu nak tahan lagi , saya tak daya nak menampung sebak nie
lagi .
orang pernah kata , " jika hari ini anda membenci seseorang
itu setengah mati , itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati
suatu ketika dahulu ."
yea . memang saya sedang melaluinya . dulu
saya sayang bagai nak rak dekat awak . hari nie , saya memang benci
sangat-sangat dekat awak .
saya minta maaf atas segala kesilapan saya selama ini terhadap saya .
even salah awak atau salah saya . memang saya yang selalu mengalah . jadi . kosong-kosong okays .
saya doakan yang terbaik untuk awak . mungkin ambil masa untuk luka ini sembuh sepenuhnya .
tapi saya yakin dengan adanya Allah , saya tidak sendirian . semoga awak berbahagia .
saya tinggalkan awak , kerana saya lebih cintakan Allah . saya harap awak berubah suatu hari nanti . .
assalamualaikum , awaakk . .
p/s : mungkin menghabiskan masa jea saya menaip nie . tapi
sekurang-kurangnya , beban di hati saya luntur jua walaupun tidak
semuanya . jika awak ada terbaca surat saya ini di mana-mana ,
kemungkinan besar di ruang cyber . ketahuilah bahawa insan ini hanya
mengharapkan keredhaan Allah .
terima kasih kerana pernah memberi saya sebuah erti 'kasih sayang' suatu ketika dahulu . .
~ live as the way of Islam ~
***ni kisah benar ye***
3 catatan:
to; akmal
from :your mother
so manis...ah macam gula2 er.......
ko kene bace habis dulu, best cite ni~
DAH BACA LAH BEST...SO MANIS
Post a Comment