Saturday 15 June 2013

thanks for the love

kita tidak akan sekali pernah faham atau memahami tentang keadaan seseorang melainkan kita pernah berada di tempat mereka atau mengalami seperti apa yang mereka alami. we'll never understand 'em unless we're at their place. seperti post sebelum ni, aku state; aku berada di klang di rumah akakku. okay masa tu, aku tinggal sensorang agak lonely la jugak dengan environment baru tapi tak dinafikan aku menikmati kehidupan yang bebas. tidak perlu memikirkan  tentang orang lain. cukup tentang diri aku sendiri sahaja. bila time lapar, campak tu campak ni dalam kuali......makan, okay senang bukan maklumlah orang laki. lelaki ni memang diperakui malas. dua, tiga hari duduk sini memang terasa kesunyian jugak la, kesepian pun ade. bila time anak buah dua orang ni balik dari holiday kat kampung, wahh seronok la, takde la aku nengok tv sensorang diam membisu je. lagipun bebudak ni talkative. boleh sembang2 kasi input sikit. okay maklumlah memandangkan aku ada, so, menjadi kebertanggungjawaban aku untuk menjaga dieorang neh. bebudak kbsr dgn kbsm berdikari tu boleh, tapi mesti kena ade org dewasa yg jaga. yes, the elder one can cook something simple, tapi takkan nak biarkan dia masak untuk aku ngap pulak an. tak sedap la macam tu. so, aku kena la memikirkan tentang dieorang jugak. ape bende aku nak bagi bebudak neh breakfast. yes, kedai ade berhampiran tapi nak saving la untuk naik sem nanti. okay aku pun buat something simple and the elder one pun masak jugak...that's breakfast around 10am. okay, selesai sarap, kemas rumah. and then, huha huha punye huha huha jam menunjukkan pukul satu. ahlamak kejap je dah tengahari, ape bende pulak nak lunch nanti neh, nasi pun tak masak lagi, perut dah berkeroncong. aku pun setup periuk nasi, campak tu campak ni pum pum jadi la nasi goreng untuk makan tengahari. mujur makan malam akak aku ade sediakan. the next day, bangun pagi tengok ade nasi lemak atas meja, fuhh mujur jugak bapaknye belikan. kay breakfast settle, lunch pulak coming. kali ni aku lebih prepare daripada semalam. lauk ade sikit, panaskan, and goreng la bende2 frozen food neh. malam, tapau kat warung. posting neh bukan la nak tunjukkan aku boleh masak ke ape (nak masak nasik pun tepon mak dulu) an. for the whole week, time lepas masak, dah hidang makanan kat meja, time baca doa, nak menyuapkan nasik kat mulut......tetibe zapppp aku teringat kat mak kat kampung. ishh agaknye macam mane la mak aku buat kerje ni semua ekk? bila tengok wajah dieorang makan, aku rasa macam penat memasak tu hilang. yup, kat kampung dulu memang aku ade tolong2 kerje2 dapur sikit, kemas semak semua tapi tu dengan adanya mak aku buat sama. itu pun dah macam mandi peluh dah. uhuhh hati sayu je. anak2 bangun tido je dengan tak mandinye teruss makan sarap. mak2 bangun awal pagi solat subuh, buat sarap, sapu sampah, basuh baju, sidai kain, masak tengahari, nak jaga karenah suami, nak jaga karenah anak2 lagi, antara zuhur dan asar baru ade rehat sikit, minum petang, angkat kain, bakar sampah, malam kekadang pergi dengar ceramah kat masjid, balik siapkan makan malam, lepas makan baru tido. keesokkan harinye pun buat bende yang same, begitulah tiap2 hari. nak jaga suami, jaga anak lagi. kalau mak buat kerje part time lagi la penat, jaga anak org ke, jual kuih ke. kemudian, kalau ade suami atau anak yg sakit ke, mesti kena jaga mereka. sedangkan aku yang baru buat menatang simple baru sarap, makan tengahari pun terasa penatnye, inikan nak buat semua bende tuh. jaga anak buah ni pun terasa gak kepenatannye. firstly, KESELAMATAN dieorg, mesti kena selalu jenguk ape bende yg dieorg buat neh, mujur dah beso boleh dengor kata. walaupun kita dah mempunyai keluarga sendiri tapi mak ayah tetap juga risau akan keadaan kita, kerisauan mereka tidak akan pernah berubah sejak kita berada di dalam perut ibu lagi. bayangkan tu anak buah. mak kita sendiri nak jaga kita semua, bukan kita sorang je, akak2, abg2, adik2. sebab tu wujud "mak bapak boleh jaga anak 10 org tapi anak yg 10 org tu tak mampu nak jaga mak bapak yg 2 org". sedih doe. aku mohon pada Allah mudah-mudahan aku diberi kelapangan untuk menjaga ibu bapa dan ingatan yang sekuat-kuatnya akan mereka agar aku tidak mudah melupakan mereka. mak2 dan ayah2 kita tersangat istimewa.


empty but filled



neh je yg aku mampu buat huhhh~

Thursday 6 June 2013

something like it

hey lately i've been suffering a memory loss. it all ruins before i start. i've try to forget everything. there's something inside me that give order to do terrible things. without doubt and denial...
years of suffering

Tuesday 4 June 2013

i need to rest in arms

herghh baru 2 hari duduk rumah taman dah rasa lemas dah. takde privacy, depan org, belakang org, kiri kanan pun org jugak. aii jawapnye makan tahun jugaklah aku ambik masa nak sesuaikan diri duduk kat rumah taman ni. ermm ape taknye, dari aku dilahirkan sampai sekarang ni, memang aku menetap rumah kampung. 1 minggu sebelum naik sem ni aku duduk somewhere la kat area klang ni, duduk rumah akak. akak & abang nak hantar balik ke perak, so, aku pun duduklah rumah dia. akakku kerja keluar pagi balik petang, suami dia pulak keluar pagi balik malam, anak mereka pulak duduk kat kampung, so, tinggal la aku sensorang kat sini. hermm sunyi beb tinggal sensorang ni, rasa mcm tak tau nak buat ape, pergi kat ruang tamu takde orang,  pergi dapur takde orang, masuk bilik pun rakde org. akakku balik pun tak dapat nak ngobrol2 sangat, biasanya dia tido awal. abang pulak balik time aku dah ngantuk nak masuk tido. sekeliling rumah ni mcm orang asing. takpalah. bile la anak buah aku ni nak balik, ade jugak teman nak borak2, ni asik cakap dengan dinding je......nanti aku tulis lagi ok~!
love is not just a feeling